CLICK2!

Wednesday, January 19, 2011

HAKIKAT SEORANG WANITA...

Ya Allah jadikanlah aku wanita yg solehah....

hakikat seorang wanita
Hakikat Seorang Wanita
Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa
mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada
segalanya. Apa yang tiada dalam syurga?

Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk
diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak
lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka
diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.


Didiklah mereka dengan
panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana
nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan
kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka
kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian
dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah
kasih dan sayang Allah...


Wanita yang lupa hakikat
kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan.
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan
semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal
Rabbnya...


Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki
akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju
ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya
akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah
mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak
sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

No comments:

Post a Comment