CLICK2!

Friday, February 18, 2011

BFF

Ohoiiii...yahoiii!!
sungguh kurang sopan permulaan belog utk hari ini...hohoh..untuk lebih menyopankan lagi blog makhluk sopan malaysia ni...diucapkan assalamualaikum kepada smue..heeee

sbenarnye blog ni ditulis laju laju sebab lg 10 minit masa opis nk abis..walaupun jam opis dah dicepatkan 10 minit..lalala..oleh itu tanpa membuang masa aku nk cite pasal BFF lah...aku syg mereka ni taw.. kami kawan dr skolah menengah lg....ade jugak yg knal dr skolah rendah tp da skolah menengah br rapat..lalala~~


BFF saye=))
 TADAAAA!!!!

inilah mereka yg dimaksudkan tadi...ni r pic paling latest kami..yg kiri skali 2 name die teh...seblah die ain... nak bace blog si ain sila click sini! tehee...n yg kanan skali cm minah arab 2 anim...tp skang ni teh mcm dah lame x dapat dikesan..mungkin sedang berbahagia di samping tunang dan keluarganya..tp xpe aku sentiasa igt kawan2 aku..lalala...disebabkan teh ni slalu x dapat dikesan mahupun menggunakan scanner skali pun..jadi kami bertiga ajela yg duk slalu bergedik santai bersama..lalala..










hehe...tengok la asal jumpe je mlantak..mane x mengembang badan kami ni hah...heee jam opis pn dah kol 5 tajam jadi da leh balik...yahooo walaupun haram aku x buat keje pn arini..mapuih esok bos tanye terpinga2 nk jawab keje x siap..huuu xde mud nk wt jd kalo wt pn xlawa jd bek tulis blog...ekeke.. utk my BFF i dedicated this 4 u olss ok:


1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.

2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

9. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

10. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu

No comments:

Post a Comment